
Kempen Bina Diri: Menuju Sahsiah Gemilang
MUKADDIMAH
Suasana sosial di negara kita pasti memberikan pelbagai reaksi masyarakat tempatan. Pelbagai isu dapat di dengari bahkan ditonton dipelbagai peringkat masyarakat. Ia secara meluas dipaparkan dimedia cetak dan elektronik. Atas suasana yang begitu membimbangkan ini, sejauhmanakah ia telah meresap dan berada dipersekitaran kita?
Kami diperingkat ABIM Cawangan Kuala Selangor dan Tanjong Karang amat terpanggil untuk bersama-sama membantu dalam memberikan kesedaran, pendidikan serta bimbingan kepada remaja dalam usaha menyediakan mereka untuk menempuh zaman yang penuh dengan fitnah dan mehnah ini.
Atas keprihatinan inilah, diperkenalkan Kempen Bina Diri Remaja - Menuju Sahsiah Gemilang. Pelbagai ceramah, program dan usaha dakwah serta modul-modul terbaik dibina oleh ABIM bagi membolehkan pemahaman agama serta penghayatannya dapat direalisasikan disetiap peringkat lapisan masyarakat. ABIM berpandangan, tidak ada ubat, tidak punya cara lain melainkan mengembalikan Islam sebagai cara hidup serta penghayatan ibadah khususnya solat dalam diri remaja-remaja di sekitar daerah Kuala Selangor.
MATLAMAT
Memberikan kesedaran mengenai bahaya gejala sosial serta bimbingan dan pendidikan agama Islam sebagai cara hidup kepada masyarakat daerah Kuala Selangor khususnya golongan remaja.
SASARAN
Utama: Golongan remaja sekolah rendah dan menengah yang berumur bermula dari 11 tahun sehingga 17 tahun sekitar daerah Kuala Selangor. (Tahun 5 sehingga tingkatan 5).
Umum: Golongan belia, ibubapa, penjaga remaja serta seluruh masyarakat dipelbagai peringkat sekitar daerah Kuala Selangor.
PENDEKATAN
- Ceramah
- Selangkah Ke Alam Remaja (Sasaran: Pelajar berumur 11 hingga 13 tahun)
- Aku Teruna Terhebat (Sasaran: Pelajar lelaki sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)
- Bahagia Menjadi Gadis (Sasaran: Pelajar perempuan sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)
- Kenali Diri, Pasangan dan Anak (Sasaran: Ibubapa atau penjaga2.
- Program
- Menuju Sahsiah Gemilang – MeSsaGe (Sasaran: Pelajar berumur 12 hingga 13 tahun)
- Aku Teruna Terhebat – ATT (Sasaran: Pelajar lelaki sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)
- Bahagia Menjadi Gadis – BMG (Sasaran: Pelajar perempuan sahaja berumur 14 hingga 17 tahun)
- Remaja Nafas Baru – RNB (Sasaran: Pelajar bermasalah dadah, rokok dan arak)
- Eksplorasi dan Latihan Kepimpinan Sekolah – PELaPiS (Sasaran: Kepimpinan Pelajar serta Pembimbing Rakan Sebaya sekolah berumur 14 hingga 17 tahun)
HARAPAN
Kami di ABIM Cawangan Kuala Selangor dan Tanjong Karang amat berharap agar usaha ini mendapat sokongan dan kerjasama dari badan-badan bukan kerajaan yang lain khususnya persatuan-persatuan belia serta jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat swasta khususnya dalam memastikan perubahan dalam masyarakat bermula dari awal peringkat umur remaja. Semoga usaha ini diberkati Allah dan diberikan natijah yang baik kepada diri, keluarga dan masyarakat.
Untuk maklumat lanjut, sila muat turun dokumen ini dari laman sesawang ini.
Ulasan
Catat Ulasan