PROGRAM EKSPLORASI AKHLAK CEMERLANG (PEACe)

28 Rejab 1435H, Tanjong Karang Selangor - Program Eksplorasi Akhlak Cemerlang (PEACe) telah berlangsung selama dua hari satu malam bertempat di sekolah Sk Sri Tiram, Kg Seri Tiram Jaya, Tanjung Karang, Selangor. Program ini adalah dibawah anjuran Angkatan Belia Islam (ABIM) Kuala Selangor dan pihak sekolah Sk Sri Tiram.  Jastifikasi program ini diharapkan melalui program ini peserta-peserta akan mempunyai matlamat yang jelas terutamanya terhadap peperiksaan mereka selain menerapkan nilai sahsiah yang tinggi serta mampu menjadi pelajar kebanggaan sekolah, keluarga dan masyarakat. 

27 Mei 2014, pada jam 9.00 pagi semua fasi berkumpul di Surau Darul Maarif, Kg Tiram Jaya, Tanjung Karang. Sebelum taklimat mula fasi berkumpul untuk bertaaruf dan sedikit briefing tentang tentative program serta beberapa makluman berkaitan dengan program akan diberitahu. Seramai 17 orang fasilitator telah melibatkan diri dalam program ini, briefing ini telah diketuai oleh Saudara Kamarul Azami B Mohd Zaini, YDP ABIM Kuala Selangor. Usai sesi bertaaruf kami terus ke sesi berikutnya iaitu  briefing tentative dan juga membincangkan modul beserta simulasi yang ringkas. Setelah selesai briefing kami berehat untuk makan tengah hari dan juga solat zohor berjemaah. Selesai saja kendiri kami kesemua fasilitatur bergerak konvoi dari surau Darul Maarif ke sekolah. Jarak sekolah dari surau lebih kurang 3 batu. Semasa kami sampai di sekolah sesi pendaftaran peserta masih lagi belum selesai. Sekitar  jam 3.30 petang semua peserta diserahkan kepada fasi, ini termasuk dalam slot 1. Dalam slot 1 semua fesi dikenhendaki memperkenalkan diri kepada peserta dan membahagikan peserta kedalam kumpulan. Keseluruhan peserta ialah seramai 128 orang dan terdiri daripada tahun empat, lima dan enam. Dan sebanyak 10 kumpulan telah dibahagikan, setiap kumpulan seramai 12 hingga 15 orang peserta dari kesemua tahun. Pembahagian fesi pula, satu kempulan ada yang mendapat satu fesi dan  ada yang mendapat dua orang fasi. 

Selesai sahaja pembahagian kumpulan semua fasi mengambil adik-adik masing-masing dan memulakan slot ke dua iaitu slot ice-breaking. Dalam setiap satu slot mempunyai dua aktiviti yang harus dilakukan. Masa yang diberikan selama 1 jam. Dalam slot ke 2 ini, peserta dan fasi membuat taaruf berdasarkan puji diri iaitu semua peserta dan fasi harus memikirkan satu perkataan baik tentang diri mereka selepas memperkenalkan diri, ini adalah untuk membuang bending dan rasa malu serta mewujudkan rasa selesa dan percaya antara fasi dan peserta. Selepas itu, aktiviti kedua ialah membuat logo dan sorakan setiap kempulan. Setiap slot fasi akan memberi nilai dan pengajar yang dapat diambil daripada aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan. Selesai slot kedua peserta diberi masa untuk solat asar berjemaah, makan malam dan bersedia untuk solat magrib berjemaah di surau sekolah pada jam 6.30 petang. Selesai solat magrib, aktiviti seterusnya ialah slot ketiga iaitu ceramah tentang Isra’ Mikraj yang telah disampaikan olah guru sekolah Sri Tiram. Selesai ceramah dan solat insya’, sementara menunggu jam 12 malam untuk slot keempat peserta diberi aktiviti dalam mass dan sedikit game refreshment. Tepat jam 12 tengah malam, semua peserta dikumpulkan dalam kumpulan dan mata peserta ditutup dengan kain. Aktiviti Blind train ini adalah untuk melatih peserta untuk meletakkan kebergantungan kepada Allah semata dalam melahirkan modal insan yang teguh dan seimbang antara spitual dan intelektual. Sebelum aktiviti dijalankan, ramai peserta yang menangis dan tidak mahu menyertai namun selepas dipaksa olah fasi dengan bantuan guru-guru Alhamdulillah semua peserta mengikuti aktiviti tersebut kecuali yang benar-benar mempunyai masalah kesihatan. Semasa diletakkan di padang sekolah berseorangan semua peserta disuruh untuk terus berzikir.

Selesai aktiviti tersebut fasi membuat kesimpulan dan memberi pengajaran melalui aktiviti ini. Kira-kira jam 2 pagi semua peserta diberikan suffer dan diarahkan untuk tidur. Aktiviti pada hari tersebut tamat pada jam 2 pagi. 

28 Mei 2014, hari ke dua seawal jam 5 pagi peserta dikejutkan untuk kendiri dan bersiap untuk solat fardu subuh berjemaah. Selesai solat subuh, tazkirah ringkas disampaikan oleh ketua fasi. Pada jam 7 pagi fasi dan peserta melakukan senaman ringkas dan game. Usai saja senama peserta dan fesi bersiap sedia untuk bersarapan pagi sebelum memulakan slot seterusnya. Slot lima bermula pada jam 9.30 pagi. Slot 5 ialah slot potensi diri. Pada aktiviti pertama, aktiviti nilai diri dimana peserta disediakan kertas A4 dan diberikan setiap seorang. Diatas kertas tersebut peserta dikehendaki membuat satu pokok dan peserta disuruh untuk senaraikan seberapa banyak sifat positif yang ada pada mereka pada bahagian atas pokok iaitu sebagai daun. Manakala di bahagian bawah pokok pula peserta disuruh untuk senaraikan sifat-sifat negetif yang ada pada diri mereka, sifat buruk ditulis dibawah sebagai simbolik sifat itu akan gugur seperti daun kering. Justifikasi melalui aktiviti ini ialah semua orang mempunyai nilai murni dalam diri mereka.  Simbolik dari pokok pula, kebaikan yg baik amaka akan merimbun manakala keburukan dalam diri harus digugurkan dari diri. Untuk aktiviti kedua pula diberi nama manusia ciptaan terhebat. Dalam aktiviti ini peserta diberi kertas A4 dan mereka diminta untuk senaraikan seberapa banyak perkara yang mereka rasa hebat yang ada pada diri mereka/potrnsi diri. Fasilitator memberi beberapa contoh hebat untuk memudahkan peserta memahami arahan. Selepas itu fasi akan meminta mereka kira dan kongsikan apa yang telah disenaraikan. Selepas mereka kongsikan apa yang disenaraikan peserta sekali lagi diminta untuk senaraikan potensi yang ada pada mereka tetapi pada kali ini mengikut ketegori pancaindera yang telah ditetapkan contohnya, mata, hidung, mulut dan tangan. Sekali lagi mereka disuruh untuk kira dan kongsi kelebihan yang ada pada mereka. Namun, pada kali ini mereka akan disuruh untuk membandingkan dengan yang sebelumnya. Apa yang berlaku kebanyakan dari mereka akan mendapat senarai yang mengikut ketogori lebih banyak berbanding yang umum jadi konklusi yang dapat dibuat ialah ramai diantara kita tidak tahu akan kelebihan yang ada pada diri kita, kadang-kala kita merasa lemah dan rendah diri. Jadi sebagai seorang manusia kita semua mempunyai kelebihan untuk berjaya. Selesai slot 5, peserta diberi rehat dan minum pagi pada jam 10.30 pagi sebelum memulakan slot seterusnya pada jam 11 pagi. 

Seusai minum pagi slot 6 dimulakan. Dalam kumpulan yang sama slot yang diberi nama mencapai cita-cita dimulakan dengan aktiviti garisan. Dalam aktiviti ini peserta telah disediakan satu A4, pada aktiviti ini satu A4 yang diberi akan di pass kan kepada orang disebelah sehingga yang terakhir. Setiap peserta dikehendaki membuat satu garisan. Setelah siap fasi akan mengambil kertas tersebut dan mengedarkan kertas yang kedua, arahannya dan cara ialah membuat perkara yang sama tetapi pada kali ini fasi meminta peserta membuat sebuah rumah dan setiap orang dikehendaki membuat satu garisan sahaja. Setelah siap semua lukisan fasi akan membuat perbandingan antara dua lukisan tersebut. Lukisan pertama akan kelihatan huru-hara dan tidak mendapat sebarang bentuk manakala lukisan kedua kelihatan sebuah rumah, begitu jugalah hidup kita. Lukisan pertama itu kita tidak tahu apa yang kita ingin buat berbanding lukisan ke dua yang sememangnya kita ingin membuat sebuah rumah jadi melalui aktiviti ini kita tahu, hidup kita mesti ada matlamat yang jelas barulah kita membuat sesuatu mengikut kemahuan kita. Garisan tersebut diibaratkan seperti matlamat kita. Jika kita mempunyai matlamat dan cita-cita maka kita kan belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita kita. 

Aktiviti seterusnya merupakan aktiviti terakhir. Semua peserta diberikan satu kertas dan mambuat satu roket. Selepas itu peserta akan membaling roket tersebut pada satu penanda mengikut jarak yang ditetapkan oleh fasi masing-masing. Dalam aktiviti ini fasi juga akan membaling roket buatan fasi. Semasa peserta membuat balingan fasi akan memberi galakan dam lihat roket mereka yang paling hampir dengan penanda.  Melalui aktiviti ini, pengajaran atau nilai yang dapat diterapkan kepada peserta ialah untuk Berjaya kita perlu berusaha dan jangan terlalu banyak memberi alasan. Kita selalu salahkan orang lain atas kegagalan kita. Dan jika kita menghadapi kegagalan itu tidak bermakna kita tidak boleh Berjaya. Dengan memberi contoh seperti Steve Jobs diharapkan mereka akan terinspirasi untuk berusaha bersungguh-sungguh.

Selesai aktiviti yang terakhir, peserta berkumpul di surau dan slot terakhir dibuat secara mass. Slot ini ialah resolusi semua aktiviti yang telah dilakukan sepanjang program. Antara resolusi yang telah dibuat ialah diharapkan melalui program ini peserta dapat meningkatkan motivasi diri mereka dengan cara menetapkan dan tahu matlamat dan hala tuju mereka agar mereka dapat belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut seterusnya dapat memuhasabah diri tentang harapan ibubapa yang tinggi terhadap mereka dan untuk diri sendiri juga. 

Selesai membuat resolusi para peserta bersiap sedia untuk solat zohor dan makan tengah hari. Selepas makan tengah hari pesarta dikumpulkan semula di surau untuk Majlis Perasmian Penutup program PEACe. Majlis dimulakan dengan ucapan Cikgu Nasarudin iaitu guru ketua panitia bahasa melayu seterusnya penutupan dirasmikan oleh penolong kanan hal ehwal pelajar sk Sri Tiram. Selesai ucapan penutup pembahagian sijil kepada fasi dan cenderahati kepada peserta yang terpilih mengikut ketogori. Majlis diakhiri dengan pembahagian hadiah kepada kumpulan yang paling bersemangat. Dan majlis bersurai. Sebelum balik semua fasi diarahkan untuk berkumpul dan ucapan ringkas dari saudara Kamarul Azami( Abg Kam) seterusnya sesi bergambar. Sebelum pulang fasi bersiap-siap dan mengemas lebihan bahan-bahan program yang telah digunakan dan membersihkan surau sebelum meninggalkan sekolah.  Syukur kerana program ini mendapat pujian dan sokongan dari guru-guru sekolah. Terima kasih diucapkan.

Ulasan