KEMAS KINI AGENDA PEMBANGUNAN UMAT


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Pujian hanya untuk DIA yang Maha Mengaturkan segala kejadian dan menjadikan sebab kepada apa yang kita bersama lalui semenjak Mac 2020 yang lalu. Semua ini merupakan satu penceritaan indah yang berbeza-beza ukiran dan cetusan bagi setiap makhluk khususnya yang bernama insan. Tahun 2020 ini merupakan tahun cabaran walalupun sejak tahun 1991 visi Wawasan 2020 dilancarkan, ternyata dari sudut kemajuan teknologi amat memberangsangkan namun dari sudut pemberdayaan kehidupan rakyat sebenarnya tidak jauh berbeza pun dari tahun ia mula dilancarkan. Peningkatan teknologi bersama keupayaan daya saing masyarakat Malaysia ada yang segelintir yang dapat kita sanjungi dan berasa bangga tetapi lebih ramai mereka yang berada jauhi dari capaian ini.

Pengarang blog Kembara Ilmu dan Bakti ingin kembali untuk membina rangkaian usaha untuk membangun umat melalui salah satu cabang utama kemenjadian manusia yakni keilmuan. Objektif utamanya adalah bagi menggalakkan lebih ramai generasi dipelbagai lapisan untuk menghasilkan lebih banyak karya idea kreatif yang bersumberkan ilmu bukan sekadar akademik bahkan fiksyen. Keupayaan penghasilan adalah disebabkan oleh kecenderungan seseorang itu untuk memanfaatkan kemampuan diri untuk menggunakan akal sebagai anugerah terbaik Tuhan buat insan. Pengarang mengharapkan, kewujudan blog ini akan merancakkan dan mencambahkan pelbagai idea kreatif dan dikongsikan kepada pelbagai golongan di luar sana. Usaha ini hanyalah secebis berbanding usaha yang lain, namun kita laksanakan pada kadar upaya yang kita ada.

Terimalah, kami hidangkan Kembara Ilmu dan Bakti sebagai medium galakan pembacaan, penghasilan idea kreatif serta kerja dakwah dengan ilmu dan amal bakti yang akan dicurahkan melalui 3 gabungan badan bukan kerajaan yang mencetuskan idea ini dipersada media sosial ini. ABIM Daerah Kuala Selangor, PEPIAS Cawangan Kuala Selangor dan Kelab OSEM Selangor.

Pengarang.

Ulasan