MEMUPUK KEMAJMUKAN DALAM KEMERDEKAAN

31 Ogos merupakan angka keramat yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia dan rata-ratanya sangat arif bahawa ia adalah satu tarikh yang wajib diingati bagi yang bergelar anak Malaysia. Ia melakarkan sebuah peristiwa sejarah dan menjadi bukti untuk dikenang sepanjang zaman.

Golongan belia dan remaja seharusnya mengambil iktibar daripada peristiwa bersejarah ini bagaimana perit jernih leluhur kita berjuang bermati-matian bagi memastikan negara ini bebas dari belenggu penjajahan. Setelah 63 tahun kita mengecapi kemerdekaan, adakah kita hanya menganggap peristiwa kemerdekaan ini sebagai satu cuti umum atau satu suasana yang perlu dimaknai sejarahnya.

Sifat kemajmukan dan pengukuhan kemasyarakatan wajib dititikberatkan supaya asimilasi antara kaum itu bergerak seiring dengan semangat kemerdekaan. Kita juga wajib menghayati maksud Surah Al Hujurat ayat ke-13 yang menekankan tentang hikmah Allah menjadikan manusia ini pelbagai bangsa dan puak untuk memupuk kemajmukan dan perpaduan.

Keluarga besar Angkatan Belia Islam Malaysia negeri Selangor cawangan Daerah Kuala Selangor mendoakan agar kemerdekaan pada tahun ini dapat memberi kekuatan baharu khususnya kepada generasi muda agar menuntaskan pemikiran Islah sebagai penyelesaian kepada masalah yang kita hadapi seperti mana yang disebut oleh Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz.

“Sejahterakan Kuala Selangor dengan Dakwah”



Muhammad Irsyad bin Kamaruzzaman
Yang Di Pertua
ABIM Daerah Kuala Selangor 2020 - 2021

Ulasan